I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 25 Jun 2011

Anwar Ibrahim - Solat Hajat/Pidato Khas Part 2


Vc II.......dengar secara berlapang dada dan profesional.

Anwar Ibrahim - Solat Hajat/Pidato Khas Part 1


Mari kita berlapang dada menilai sendiri, apa yang di perkatakan. Jangan melihat siapa yang berkata-kata tetapi dengar dan nilai apa yang di perkatakan.

Selasa, 21 Jun 2011

Produk Fiber Terbaik dari German.























Produk yang terbaik untuk memelihara usus anda.
Fiber yang tidak membeku walaupun di bancuh pagi untuk di minum tengahari/di bawa ketempat kerja.

Membantu mencuci dinding usus dari kerak najis atau partikal yang menutupi permukaan usus yang sekaligus menghalang segala zat dan nutrient di serap ke dalam badan.

Ia juga membantu menyerap 40% kalsium dari pemakanan yang di ambil.

Membantu menyeimbangkan diet harian anda.
Membantu pesakit yang menderita akibat kegagalan usus serta organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Terdapat banyak testimoni dari penderita kencing manis, kanser dsbnya.

Dapatkan set terbaik anda hari ini.
Hubungi :
asphagroup@gmail.com
Produk akan di hantar terus ke kediaman anda.

Mewahnya Kehidupan di Borneo.

Kembara ke Borneo bermula. Umpama kembali ke kg. halaman.

Beberapa pertemuan di sini, berjaya dan positif nampaknya.

Yang hebat orang-orang di sini....di dalam poketnya ada 2-3 kad kredit yang setiap satunya bernilai RM50k. Katanya tidak boleh membawa wang tunai kerana jarak perjalanan yang sukar. Adalah lebih selamat menggunakan wang plastik.

Hebat sungguh mereka di sini.

Keduanya....kehebatan yang ada di sini adalah seafoodnya......
Wauuuuuu.........puas menikmatinya.

Kunjungan seterusnya akan segera di atur.

Ahad, 20 Februari 2011

Jangan Marah....

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam yang maksudnya: "Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam: "Jangan kamu marah". (HR. Bukhari)

Jumaat, 18 Februari 2011

KELUARGA MOHD SATAR BIN HJ MOHAMED@MAT TUYU: Kejamnya Manusia....

KELUARGA MOHD SATAR BIN HJ MOHAMED@MAT TUYU: Kejamnya Manusia....: "Emel ini saya terima dari sepupu saya nor diyana hamzah...2 kanak-kanak, abang (4 tahun) dan adik perempuannya (1 tahun plus) dibunuh dengan..."

Rabu, 16 Februari 2011

Sembab muka di basahi air mata, desikan hidung dari lelehan air mengalir keluar kedengaran di sekeliling penjuru ruang. Mayat terbujur kaku di selimuti kain puteh. Hj Osman tiada lagi nafas di badan. Anak-anak dan saudara mara kian sugul bila yang datang mengucapkan takziah.

Seorang ibu yg juga isteri kepada Allahyarham...kelihatan tenang di kerusi di penjuru rumah. Diam termanggu dlm kain telekong sembahyang, meredai pemergian suami tercinta. Umurnya Lapan puluh enam tahun...hari ini akan terpisah untuk sementara. Jam 1000 pagi jenazah ini akan di bawa ke tanah perkuburan utk persemadian sehingga hari perhitungan.

Tiada titisan air mata, redho dengan ketentuan tuhan.
Al-fatihah mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, semoga bersemadi dengan tenang di sisi Maha Pencipta.

Perjalanan.......

"Minta no. telefon" lalu ia mengeluarkan buku kecil dari poket bajunya dan menulis no. telefon aku. Beginilah situasinya setiap kali kami bertemu. Tak jemu-jemu ia akan meminta no. telefon. Sesekali terselak helain buku kecilnya itu, terdapat no. telefon kami. Mungkin pada ingatannya kami telah menukar no. telefon baru...itu sebabnya setiap kali bertemu ia pasti akan meminta no tel kami.

Dari situasi ini, kita dapat mempelajari betapa perihatinnya seorang hamba Allah ini terhadap saudaranya dan senantiasa kemaskini maklumat, agar tidak terputus hubungan.

Pada jam 20:10 bersamaan 16hb. Februari. 2011, hamba Allah ini (Allahyarham Osman bin Yeop Din) telah pergi selama-lamanya mengadap tuhan Yang Maha Esa.
Moga rohnya akan berada disisi mereka yang beriman.

Innalillah hiwainnailaihirojiun.....