I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 16 Februari 2011

Perjalanan.......

"Minta no. telefon" lalu ia mengeluarkan buku kecil dari poket bajunya dan menulis no. telefon aku. Beginilah situasinya setiap kali kami bertemu. Tak jemu-jemu ia akan meminta no. telefon. Sesekali terselak helain buku kecilnya itu, terdapat no. telefon kami. Mungkin pada ingatannya kami telah menukar no. telefon baru...itu sebabnya setiap kali bertemu ia pasti akan meminta no tel kami.

Dari situasi ini, kita dapat mempelajari betapa perihatinnya seorang hamba Allah ini terhadap saudaranya dan senantiasa kemaskini maklumat, agar tidak terputus hubungan.

Pada jam 20:10 bersamaan 16hb. Februari. 2011, hamba Allah ini (Allahyarham Osman bin Yeop Din) telah pergi selama-lamanya mengadap tuhan Yang Maha Esa.
Moga rohnya akan berada disisi mereka yang beriman.

Innalillah hiwainnailaihirojiun.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan